Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan ) harta dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya).{Ingatlah..! }sesiapa yang melakukan demekian ,maka mereka itulah orang yang rugi. Nafkahkanlah (dengan mendermakan ) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya,(kalau tidak )maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya,"Wahai Tuhanku..! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal mautku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi di kalangan orang yang salih." Allah sekali-kali tidak akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa ) apabila sampai ajalnya. Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan. juzuk28 surah Al-Munafiqun ayat 9 _11
perjalanan
Friday, September 27, 2013
Wednesday, September 25, 2013
Daripada Abu Abdullah al-Na'man Ibn Basyar r.a beliau berkata,' Aku telah mendengar rasullullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda' Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang )dan di antara keduanya ada perkara yang kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari ) segala yang kesamaran ,sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan (hampir ternakannya makan didalamnya) Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan.Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah! Bahawa didalam badan ada seketul daging .Apabila ia baik , baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak,rosaklah sekeliannya.Ketahuilah...!itulah yang dikatakan hati. hadith riwayat Bukhari dan Muslim "Kejujuran itu ketenangan sementara kebohongan adalah kegelisahan" hadith riwayat Bukhari Rasullullah sallallahu'alaihiWasallam bersabda; Berikan jaminan kepadaku dengan enam hal dari dirimu dan aku menjamin syurga kepadamu.................... 1,jujurlah bila berbicara 2,tepatilah janji jika berjanji 3.tunaikanlah jika diberi amanah 4.jagalah kemaluanmu 5.jagalah pandanganmu 6.jagalah tanganmu hadith riwayat Ahmad.
Monday, September 16, 2013
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Alif Lam Mim 2 Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Tetap Hidup lagi Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. 3. Dia menurunkan (secara beransur-ansur ) kepadamu (wahai Muhammad ) kitab suci (al-quran ) berisikan kebenaran , yang mengesahkan isi kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya, dan Dia juga yang menurunkan (secara sekaligus) kitab Taurat dan Injil. 4. Sebelumnya (sebelum al-Qur'an diturunkan ) , menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan al-Furqan (kitab yang membezakan antara yang benar dan dengan yang salah ). Sesungguhnya orang yang kufur (ingkar ) terhadap ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka disediakan azab yang amat berat. ( Ingatlah ) !Allah Maha Gagah lagi Mempunyai balasan azab ( berhak membalas dengan azab kepada golongan yang bersalah ) 5. Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah sama ada yang berada di bumi mahu pun yang berada di langit. 6. Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim ( ibu kamu) sebagaimana di kehendaki Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah ) melainkan Dia Yang Maha Gagah ,lagi Maha Bijaksana. Surah Ali 'Imran ayat 1_6
Friday, September 13, 2013
Monday, September 2, 2013
Sabda nabi sallallahu'alaihiwasallam yang bermaksud. "Aku menjamin sebuah rumah di rabadh(tempat yang paling bawah ) dalam syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar. " Aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan walaupun ketika bergurau. Dan sebuah rumah di tempat tertinggi syurga bagi orang yang memperelokkan budipekertinya. hadith riwayat Abu Daud.
Tuesday, August 27, 2013
Daripada Abu Hurairah r.a Rasullullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda,"Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu."
Sahabat bertanya,"Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi sallallahu'alaihiwasallam menjawab."Penyakit itu ia lah 1.terlalu banyak seronok 2.terlalu mewah 3.menghimpun harta sebanyak mungkin 4. tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia 5.saling memarahi 6. hasud-menghasud sehingga jadi zalim menzalimi Hadith riwayat al-hakim.
Sahabat bertanya,"Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi sallallahu'alaihiwasallam menjawab."Penyakit itu ia lah 1.terlalu banyak seronok 2.terlalu mewah 3.menghimpun harta sebanyak mungkin 4. tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia 5.saling memarahi 6. hasud-menghasud sehingga jadi zalim menzalimi Hadith riwayat al-hakim.
Sunday, August 18, 2013
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepadamu(ujian dan cubaan)seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan(kemusnahan harta benda)dan kesengsaraan (penyakit)serta digoncangkan(dikejutkan dengan pelbagai bala)sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya,'Bilakah(datangnya) pertolongan Allah?Ketahuilah ,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan ugama Allah).'surah al-baqarah ayat 214
Subscribe to:
Posts (Atom)