Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan ) harta dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya).{Ingatlah..! }sesiapa yang melakukan demekian ,maka mereka itulah orang yang rugi. Nafkahkanlah (dengan mendermakan ) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya,(kalau tidak )maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya,"Wahai Tuhanku..! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal mautku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi di kalangan orang yang salih." Allah sekali-kali tidak akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa ) apabila sampai ajalnya. Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan. juzuk28 surah Al-Munafiqun ayat 9 _11
No comments:
Post a Comment