Saturday, March 9, 2013

Wahai anak Adam! Maut itu membukakan segala rahsiamu.Kiamat membacakan segala warta berita dirimu dan kitab(yang berisi catetan amal) memecahkan segala rahsia peribadimu.
Oleh sebab itu,apabila engkau berdosa maka janganlah melihat kecilnya dosa itu,tetapi lihatlah kepada siapa engkau telah berbuat derhaka.
Apabila engkau diberi rezeki yang sedikit,maka janganlah dilihat kepada sedikitnya,akan tetapi lihatlah kepada siapa yang telah memberi engkau rezeki...
Janganlah engkau pandang enteng sesuatu dosa yang kecil bagaimanapun  kerana engkau tidak tahu dengan dosa mana Aku(Allah) murka kepadamu ,dan janganlah engkau merasa aman daripada bencanaKU kerana hal itu suatu yang lebih tersembunyi dari jalannya semut yang menjalar di tengah malam buta di atas batu yang licin.
Wahai anak Adam!..Apakah engkau derhaka kepadaKu?Maka lekaslah ingat amarahKU sehingga engkau berhenti dari mengerjakan dosa itu.
Apakah engkau telah berbuat kebajikan kepada orang yang berbuat buruk padamu.
Apakah engkau telah bersikap pemaaf bagi orang yang telah menzalimimu.
Apakah engkau telah berbicara dengan orang  yang telah  menjauhkan diri daripadamu?..
Apakah engkau telah menghubungkan kembali kaseh sayang(silaturrahim) orang yang telah memutuskannya.
Apakah engkau telah memberikan kesedaran kepada orang yang telah mengkhianatimu?..
Dan sudahkah engkau bertanya kepada ulama tentang urusan  ugama dan duniamu?
Dan AKU(Allah) sendiri tidaklah melihat  rupa wajahmu .tetapi kepada hatimu dan niatmu.dan AKU rela dengan beberapa perkara ini terdapat pada dirimu...{DURRATUN NASYIHIN FIL WA'ZHI WAL IRSYAD}

Friday, December 28, 2012

Dari Jabar bin Abdillah (ia berkata):Sesungguhnya rasullullah sallallahu'alaihiwasallam pernah bersabda kepada Ka'ab bin 'ujrah ,"Semoga Allah melindungimu dari(imarah as-sufaha') pemerintah yang bodoh."Kaab  bin 'Ujrah bertanya "Siapakah pemerintahan yang bodoh itu?"Beliau menjawab ,"para umarak(penguasa) yang akan datang  nanti sesudahku,mereka tidak mengikut petunjukku dan tidak mengamalkan sunnahku.Maka sesiapa  membenarkan kebohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka mereka bukan dariku dan aku  bukan dari mereka[yakni mereka bukanlah orang-orang yang mengikuti sunnahku dalam masalah ini]Dan mereka tidak akan di bawa ke telagaku (pada hari qiamat).Akan tetapi  sesiapa yang tidak membenarkan kebohongan mereka dan tidak  menolong kezaliman mereka,maka mereka itu dariku dan aku  dari mereka (yakni merekalah orang-orang yang mengikuti sunnahku) dan mereka akan  di bawa ke telagaku(pada hari qiamat)."Wahai Ka'ab bin 'Ujrah!..puasa itu sebagai perisai dan sedekah itu sebagai penghapus dosa sedangkan solat itu sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.Beliau
bersabda solat itu sebagai bukti bahawa dia seorang muslim.
Wahai Ka'ab bin 'Ujrah! sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh dari hasil yang haram                                                                                               maka nerakalah yang lebih berhak dengannya(memakannya)
Wahai Ka'ab bin 'Ujrah! manusia( setiap hari) berangkat di waktu pagi menjadi dua golongan yang membeli dirinya kemudian memerdekakannya(dari api neraka),dan yang menjual dirinya kemudian dia membinasakannya(memasukkan dirinya kedalam api neraka)hadith sahih riwayat Ahmad

Saturday, September 24, 2011




Kata-kata dari seorang rakan 
Kata-kata dari seorang rakan untuk dikongsi.Jazakallah.
         Sometimes Allah break you spirit to save your soul
          Sometimes Allah break our heart to make us whole

           Sometimes Allah  allows pain  so we can be stronger
            Sometimes Allah send us failure so we can be humble
             Sometimes Allah allows illness so we can take better care of ourselves
               Sometimes Allah take everything away from us so we can learn the value of everything  HE gave us.....

                Alhamdullillah.....


Friday, December 24, 2010

Dari surah  al-'asyr  yang bermaksud
                  

                Demi masa
                Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
                 Kecuali orang-orang yang beriman dan ber'amal soleh dan
                 dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran  dan
                  berwasiat dengan kesabaran.






Diam itu fikir
Bicara itu  zikir


     Kata  pujangga
        
        Belajarlah  susah  walau pun  dalam  keadaan  senang

Monday, December 6, 2010

Sabda rasullullah sallallahu'alaihi wa sallam diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim bermaksud:-
"Tujuh macam orang/golongan  yang akan dinaungi Allah pada hari dimana  tidak ada naungan kecuali naunganNya"......
1-  Imam yang adil
2 -Pemuda yang dibesarkan  dalam beribadat kepada Allah
3-Orang yang hatinya selalu rindu kepada masjid
4-Dua orang yang berkaseh sayang semata-mata kerana Allah iaitu berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerana Allah
5-Seorang lelaki diajak berzjna  wanita bangsawan dan rupawan tetapi di tolaknya dengan ucapan   "aku takut kepada Allah".
6-Seorang yang bersedekah kerana Allah yang dirahsiakannya sehingga kirinya  tidak mengetahui apa yang dilakukan kanannya.
7-Seorang yang berzikir kepada ALLAH  dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.

Sunday, December 5, 2010

Sabda rasullullah sallallahu'alaihi wa sallam;-
"Bergembiralah kamu dan berhati-hatilah kamu dengan apa yang dimudahkan Allah kepadamu.
Demi  Allah,..tidaklah kemiskinan  yang aku takuti menimpamu akan tetapi yang aku  amat takuti ialah  apabila kamu dihidangkan dengan dunia  sebagaimana ia dihidangkan kepada umat yang sebelum kamu..,lalu mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya sebagaimana kamu berlumba-lumba pada hari ini akibatnya  ia akan membinasakan kamu sebagaimana ia telah membinasakan mereka itu dahulu.
HR Al-Bukhari dan Muslim


Rasullullah sallallahu'alaihi wa sallam bersabda:-
Sesungguhnya dunia ini manis dan segar menghijau...,maka  Allah Ta'ala menyerahkan amanahNya kepada kamu   untuk mengurusnya.....Dia akan sentiasa memerhatikan  apa yang  akan kamu kerjakan.Oleh itu berjaga-jagalah kamu dengan dunia dan juga kaum wanita.
Sesungguhnya  fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil dulu adalah wanita...
Hadith  riwayat Muslim..

Thursday, December 2, 2010

Iman Ghazali pernah berkata:-
"Orang yang takbur itu ialah orang yang marah dan benci apabila dirinya  ditegur orang lain sedangkan jika dia menegur orang lain ditegurnya dengan keras lagi kasar."
Takbur itu dibahagi kepada 3 jenis:-
1)Takbur kepada  Allah......tidak mengambil peduli mengenai perintah Allah/mempersenda dan  memandang remeh segala peraturan ugama serta tidak memperdulikan ancaman Allah.
2)Enggan mengikut ajaran dan petunjuk rasullullah sallallahu'alaihiwa sallam
3)Takbur sesama manusia
Untuk mengubati penyakit takbur Imam Ghazali menyarankan:-
a)Sewaktu bersua kanak2 anggaplah dia lebih mulia dan bersih daripada kita kerana dia belum dihinggapi dosa.
b)Apabila bersua orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah.
c)Apabila terserempak  dengan orang alim anggaplah beliau lebih mulia daripada kita lantaran banyak ilmu yang beliau mengetahui.
d)Sewaktu bersua dengan orang jahil anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya sedangkan kita bergelumang dosa dengan ilmu yang ada.
e)Sekiranya berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa sikafir itu belum tentu dikemudian hari....kelak esok atau lusa mungkin datang kepadanya keinsafan lalu masuk islam.