Monday, March 11, 2013

Jika dua pihak daripada orang yang beriman berperang,maka damaikanlah antara kedua-duanya. Tetapi jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain,maka perangilah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah. Jika dia kembali patuh maka damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil (menurut hukum Allah),serta berlaku adillah(dalam semua perkara).Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil.
Juzuk 26 surah al-Hujurat ayat 9

Apabila hambaKu yang mukmin, Aku beri cubaan satu penyakit ,tetapi dia tetap memujiKu dan menerima cubaan itu dengan sabar , maka dia akan bangun dari tempat tidurnya bersih daripada dosa,laksana bayi yang baru lahir.Tuhan akan memerintahkan malaikat yang mencatit amal;"Aku telah berjanji dengan hambaKu ini  dan dia telah menjalani ujianKu.Catitlah untuknya pahala yang telah Aku janjikan sebelum dia menempuh ujian itu!"(Riwayat Ahmad ,Thabrani dari Ubadah binsyamit).

Saturday, March 9, 2013

Wahai anak Adam! Maut itu membukakan segala rahsiamu.Kiamat membacakan segala warta berita dirimu dan kitab(yang berisi catetan amal) memecahkan segala rahsia peribadimu.
Oleh sebab itu,apabila engkau berdosa maka janganlah melihat kecilnya dosa itu,tetapi lihatlah kepada siapa engkau telah berbuat derhaka.
Apabila engkau diberi rezeki yang sedikit,maka janganlah dilihat kepada sedikitnya,akan tetapi lihatlah kepada siapa yang telah memberi engkau rezeki...
Janganlah engkau pandang enteng sesuatu dosa yang kecil bagaimanapun  kerana engkau tidak tahu dengan dosa mana Aku(Allah) murka kepadamu ,dan janganlah engkau merasa aman daripada bencanaKU kerana hal itu suatu yang lebih tersembunyi dari jalannya semut yang menjalar di tengah malam buta di atas batu yang licin.
Wahai anak Adam!..Apakah engkau derhaka kepadaKu?Maka lekaslah ingat amarahKU sehingga engkau berhenti dari mengerjakan dosa itu.
Apakah engkau telah berbuat kebajikan kepada orang yang berbuat buruk padamu.
Apakah engkau telah bersikap pemaaf bagi orang yang telah menzalimimu.
Apakah engkau telah berbicara dengan orang  yang telah  menjauhkan diri daripadamu?..
Apakah engkau telah menghubungkan kembali kaseh sayang(silaturrahim) orang yang telah memutuskannya.
Apakah engkau telah memberikan kesedaran kepada orang yang telah mengkhianatimu?..
Dan sudahkah engkau bertanya kepada ulama tentang urusan  ugama dan duniamu?
Dan AKU(Allah) sendiri tidaklah melihat  rupa wajahmu .tetapi kepada hatimu dan niatmu.dan AKU rela dengan beberapa perkara ini terdapat pada dirimu...{DURRATUN NASYIHIN FIL WA'ZHI WAL IRSYAD}