Monday, November 29, 2010

Dunia adalah ibarat sebuah pulau perhentian ditengah lautan.Kita adalah sebagai anak2 kapal yang tumpang berlabuh untuuk berihat dan mengambil apa2 yang perlu sebagai menambah bekalan disepanjang perjalanan kita yang masih jauh lagi....Kemudian  kita pasti meninggalkan semua pulau2  tersebut untuk meneruskan  perjalanan menuju kearah  yang  dicita2kan.......!!!!

Thursday, November 25, 2010

  • Wasiat rasullullah sallallahu'alaihiwasallam kepada saidina Ali bin Abu Talib :  Segala  sesuatu   itu  ada penyakit:-1)Penyakit bicara adalah bohong  2)Penyakit ilmu adalah lupa 3)Penyakit ibadah  adalah riak' 4)Penyakit budi pekerti adalah memuji diri 5)Penyakit berani  adalah agresif 6)Penyakit pemurah  adalah menyebut pemberiaan 6)Penyakit cantik adalah sombong 7)Penyakit bangsawan adalah bangga 8)Penyakit malu  adalah lemah 9)Penyakit  mulia  adalah menonjolkan diri 10)Penyakit kaya adalah kikir 11)Penyakit agama adalah hawa nafsu

Monday, November 22, 2010

Akthum bin Safi adalah ketua bani Tamim .Wasiatnya terhadap anaknya'..."anak2ku....Berbuat baiklah, kebaikan itu akan memberi kebahgiaan.Peliharalah lidahmu...ramai orang yang binasa dan mati  kerana kelancangan lidah.Kebenaran itu adalah penyelamat...Orang yang suka berangan-angan tidak akan berjaya.Kalau kamu ingin mencapai darjat mulia jadilah seorang yang bertanggungjawab.Sederhana dalam usaha akan menjamin kejayaan...Sesiapa yang berputusasa  kerana kehilangan sesuatu akan membinasakan diri...Sesiapa yang berpada  dengan segala yang ada jiwanya akan sentiasa tenang. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya...Berhati-hati sebelum bertindak..Kecelakaan bagi orang  yang keliru dalam pekerjaannya dan kecelakaan bagi orang yang bodoh...Membazir ketika senang adalah  suatu perbuatan yang bodoh.Lemah menghadapi satu2 dugaan adalah suatu yang dicela...Jangan terlalu cepat marah kerana banyak ruginya..Jangan menjawab  suatu yang tidak ditanya kepadamu..Jangan banyak ketawa..Berbak-baiklah sesama jiran....,janganlah bermusuhan...Sesungguhnya kekuatan itu milik  orang yang bersatu....Peliharalah wanita yang baik..Hiburan yang  mengasyikkan ialah perempuan yang mempesona....,jauhilah mereka...Daya yang tidak dapat diperdaya ialah sabar..Andainya engkau berjiwa hidup engkau akan dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat..Orang yang melampau bagai orang yang berbicara pada waktu malam...Sesiapa yang melampau akan kecewa...Jangan berbicara yang sulit dengan hamba...'

Sunday, November 21, 2010

Rasullullah sallallahu'alaihiwassallam bersabda..'Barangsiapa yang menuntut ilmu bukan kerana Allah tetapi  semata-mata untuk mengejar harta benda dunia ia tidak akan mencium bau syurga pada hari qiamat.HR(Ahmad, Abu Daud dan Abu Majah)
Iman al-Syafie pernah berpesan ; Berfikir cermat bererti selamat.Memilih kata yang baik dan pantas adalah termasuk  budi pekerti. Peti ilmu itu didada. Peti  perkataan di lidah. Peti fikiran di akal. Peti bodoh itu jahil.Orang yang tidak menyukai ilmu tidak ada  kebaikan padanya...'

Wednesday, November 3, 2010

Minggu lepas aku tonton rancangan TANYALAH USTAZ tajuknya ujian Allah sekadar mengingatkan diri menghitung kira dimana dan kemana aku......Kata ustaz bentuk ujian 1.bencana 2.sakit 3.kekurangan harta 4.kesenangan 5.kekurangan jiwa/kehilangan 6.di datangi orang yang menzalimi kita 7.tarikan maksiat 8.ketaatan 9.kelebihan2 yang Allah beri kepada kita. 10 ujian hati