Monday, November 22, 2010

Akthum bin Safi adalah ketua bani Tamim .Wasiatnya terhadap anaknya'..."anak2ku....Berbuat baiklah, kebaikan itu akan memberi kebahgiaan.Peliharalah lidahmu...ramai orang yang binasa dan mati  kerana kelancangan lidah.Kebenaran itu adalah penyelamat...Orang yang suka berangan-angan tidak akan berjaya.Kalau kamu ingin mencapai darjat mulia jadilah seorang yang bertanggungjawab.Sederhana dalam usaha akan menjamin kejayaan...Sesiapa yang berputusasa  kerana kehilangan sesuatu akan membinasakan diri...Sesiapa yang berpada  dengan segala yang ada jiwanya akan sentiasa tenang. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya...Berhati-hati sebelum bertindak..Kecelakaan bagi orang  yang keliru dalam pekerjaannya dan kecelakaan bagi orang yang bodoh...Membazir ketika senang adalah  suatu perbuatan yang bodoh.Lemah menghadapi satu2 dugaan adalah suatu yang dicela...Jangan terlalu cepat marah kerana banyak ruginya..Jangan menjawab  suatu yang tidak ditanya kepadamu..Jangan banyak ketawa..Berbak-baiklah sesama jiran....,janganlah bermusuhan...Sesungguhnya kekuatan itu milik  orang yang bersatu....Peliharalah wanita yang baik..Hiburan yang  mengasyikkan ialah perempuan yang mempesona....,jauhilah mereka...Daya yang tidak dapat diperdaya ialah sabar..Andainya engkau berjiwa hidup engkau akan dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat..Orang yang melampau bagai orang yang berbicara pada waktu malam...Sesiapa yang melampau akan kecewa...Jangan berbicara yang sulit dengan hamba...'

No comments:

Post a Comment