Thursday, December 2, 2010

Iman Ghazali pernah berkata:-
"Orang yang takbur itu ialah orang yang marah dan benci apabila dirinya  ditegur orang lain sedangkan jika dia menegur orang lain ditegurnya dengan keras lagi kasar."
Takbur itu dibahagi kepada 3 jenis:-
1)Takbur kepada  Allah......tidak mengambil peduli mengenai perintah Allah/mempersenda dan  memandang remeh segala peraturan ugama serta tidak memperdulikan ancaman Allah.
2)Enggan mengikut ajaran dan petunjuk rasullullah sallallahu'alaihiwa sallam
3)Takbur sesama manusia
Untuk mengubati penyakit takbur Imam Ghazali menyarankan:-
a)Sewaktu bersua kanak2 anggaplah dia lebih mulia dan bersih daripada kita kerana dia belum dihinggapi dosa.
b)Apabila bersua orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah.
c)Apabila terserempak  dengan orang alim anggaplah beliau lebih mulia daripada kita lantaran banyak ilmu yang beliau mengetahui.
d)Sewaktu bersua dengan orang jahil anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya sedangkan kita bergelumang dosa dengan ilmu yang ada.
e)Sekiranya berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa sikafir itu belum tentu dikemudian hari....kelak esok atau lusa mungkin datang kepadanya keinsafan lalu masuk islam.

No comments:

Post a Comment